University Community

International Student Join Hands In Hands To Clean Maahad Tahfiz Jaya Gading, Kuantan

 

mad 00

mad 01

mad 02

mad 03

mad 04

Dalam usaha memasyarakatkan kampus, pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil inisiatif dengan menjalankan program mendekati membersihkan Madrasah Daniyah Durrulilmi di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Islam (PIMPIN) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) pada 17 Januari 2016 yang lalu.

Madrasah Diniyah Durrulilmi yang bermaksud Agama Permata Ilmu telah beroperasi hampir lima tahun menempatkan pelajar yang berumur lingkungan 5 hingga 12 tahun.

Pembinaan madrasah ini hasil bantuan orang ramai dengan menerima sumbangan sejak tiga tahun lalu namun masih serba kekurangan.

UMP tampil dengan menyampaikan beberapa sumbangan dengan tujuan melengkapi keperluan pelajar di sini untuk memastikan ianya dapat dimanfaatkan untuk kegunaan pelajar. Usaha ini juga sebagai usaha dalam merealisasikan budaya dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

Sesi pembersihan madrasah ini turut melibatkan tenaga sukarelawan yang terdiri daripada 12 orang pelajar antarabangsa yang bertungkus-lumus membersihkan bangunan baharu madrasah.

Para pelajar di madrasah ini dididik dengan ilmu Feqah,Usuluddin,Tasawuf,Ilmu Alaf serta tidak ketinggalan mengaji serta kelas Fardhu Ain.

Sukarelawan UMP bergotong-royong membersihkan lantai, tingkap dan mengecat madrasah bagi membolehkan pelajar memulakan pembelajaran mereka.

 

PrintEmail