University Community

BPA sumbang buku bangunkan perpustakaan mini untuk anak yatim

Pekan, 10 Ogos – Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) membangunkan perpustakaan mini di Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang yang terletak di Taman Guru Kuantan, Pahang sebagai projek khidmat komuniti dengan menyumbang bahan bacaan kepada anak-anak yatim penghuni rumal amal berkenaan bagi memupuk semangat minat membaca.   
Menurut Tmbalan Pendaftar BPA, Arman A. Rahim berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan masa, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan dalam bentuk bahan bacaan, rak buku dan juga wang ringgit daripada warga UMP dan juga orang awam dalam merealisasikan hasrat murni ini.
“Projek kesukaelawanan ini  bukan sahaja dapat menyuntik nilai kemanusiaan dalam diri warga kerja BPA tetapi juga untuk melahirkan warga kerja yang berupaya memimpin, merancang, melaksana program serta  bekerjasama dan mengambil  peranan secara aktif dalam kumpulan terutamanya dalam kalangan staf sokongan bahagian ini,” katanya.
Manakala bagi Setiausaha Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang,  Ahmad Roduan Siwi mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak UMP kerana menganjurkan program sebegini untuk berkongsi keceriaan dan kegembiraan bersama anak-anak yatim.
Selain itu, beliau turut menyatakan hasrat agar pihak UMP dapat menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen kepada anak-anak penghuni rumah amal berkenaan agar mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah dan seterusnya dapat membantu mengukuhkan pemahaman mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Sementara itu, bagi ketua program, Mohd Azmi Abd Razak yang merupakan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di BPA, pengalaman mengendalikan projek ini banyak memberi pendedahan kepada beliau dan rakan-rakan yang lain dalam mengasah bakat dan kemahiran memimpin, merancang, berkomunikasi dan membuat keputusan selain menerapkan semangat kerja berkumpulan. Bahagian ini turut merancang untuk menjayakan program Back To School yang akan dilaksanakan pada penghujung 2017.  
 
Disediakan oleh Nurull Syamimi Binti Ahmad Abzan dari Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar.
 
Pekan, 10 Ogos – Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) membangunkan perpustakaan mini di Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang yang terletak di Taman Guru Kuantan, Pahang sebagai projek khidmat komuniti dengan menyumbang bahan bacaan kepada anak-anak yatim penghuni rumal amal berkenaan bagi memupuk semangat minat membaca.   

Menurut Timbalan Pendaftar BPA, Arman A. Rahim berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan masa, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan dalam bentuk bahan bacaan, rak buku dan juga wang ringgit daripada warga UMP dan juga orang awam dalam merealisasikan hasrat murni ini.

Projek kesukaelawanan ini  bukan sahaja dapat menyuntik nilai kemanusiaan dalam diri warga kerja BPA tetapi juga untuk melahirkan warga kerja yang berupaya memimpin, merancang, melaksana program serta  bekerjasama dan mengambil  peranan secara aktif dalam kumpulan terutamanya dalam kalangan staf sokongan bahagian ini.

Print Email