University Community

Alumni UMP kumpul dana hulur sumbangan buat asnaf dan fakir miskin

Kuantan, 26 Ogos –Sebanyak RM 11,200 berjaya dikumpul pihak Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) hasil sumbangan infak, sedekah dan derma daripada staf universiti, syarikat dan orang perseorangan dalam menjayakan program Ziarah Prihatin Aidiladha 2017 baru-baru ini.
Program dianjurkan persatuan dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni, JHEPA  dalam menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai 75 keluarga penerima  terdiri daripada asnaf zakat, fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), sakit kronik dan warga tua sekitar Kuantan.
Bagi pengarah program, Mohd Najib Razali berkata, program ziarah ini telahpun bermula sejak tahun lalu dan sehingga kini lebih 300 keluarga menerima manfaat. Bagi membantu anak-anak penerima pihak persatuan juga mengadakan program Back to School dan seramai 200 menerima sumbangan kelengkapan sekolah.
“Seramai 50 sukarelawan telah mendaftar dengan persatuan dan membantu agihan sumbangan sekitar Kg. Tiram, Kg. Teruntum, Kg. Kurnia, Kg. Padang, Taman Impian, Permatang Badak, Chendering dan Sg. Isap,” katanya.
Para sukarelawan juga mengagihkan barang keperluan seperti beras, minyak masak dan makanan serta wang tunai untuk menampung  persediaan menyambut hari raya seperti masyarakat yang lain. Mereka juga  berpeluang menziarah dan mengeratkan hubungan baik bersama komuniti setempat. 
Disediakan oleh Siti Safiah Mohamed Ramli  dari Jabatan hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

Kuantan, 26 Ogos –Sebanyak RM 11,200 berjaya dikumpul pihak Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) hasil sumbangan infak, sedekah dan derma daripada staf universiti, syarikat dan orang perseorangan dalam menjayakan program Ziarah Prihatin Aidiladha 2017 baru-baru ini.

Program dianjurkan persatuan dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni, JHEPA  dalam menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai 75 keluarga penerima  terdiri daripada asnaf zakat, fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), sakit kronik dan warga tua sekitar Kuantan.

Bagi pengarah program, Mohd Najib Razali, program ziarah ini telahpun bermula sejak tahun lalu dan sehingga kini lebih 300 keluarga menerima manfaat. Bagi membantu anak-anak penerima pihak persatuan juga mengadakan program Back to School dan seramai 200 menerima sumbangan kelengkapan sekolah.

Seramai 50 sukarelawan telah mendaftar dengan persatuan dan membantu agihan sumbangan sekitar Kg. Tiram, Kg. Teruntum, Kg. Kurnia, Kg. Padang, Taman Impian, Permatang Badak, Chendering dan Sg. Isap.

PrintEmail