University Community

Projek Facelift UMP ceriakan kampung Kuala Pahang

Pekan, 9 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Gotong Royong Perdana @Facelift D’Kuala bagi membaik pulih rumah-rumah penduduk yang berada di laluan masuk utama ke Kompleks Medan Ikan Bakar yang terletak di Perkampungan Kuala Pahang.
Program dihadiri Ahli Dewan Undangan Peramu Jaya, Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi  Sh Ali dan Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim  yang hadir bersama pengurusan tertinggi UMP serta Penghulu mukim Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor.  
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, program Facelift Kuala Pahang ini dirancang dengan bantuan pelbagai agensi dan badan korporat bertepatan dengan strategi lautan biru sekaligus dapat membantu mengubah landskap sosial penduduk di Kuala Pahang.
"Lebih kurang 25 hingga 30 rumah di sini yang telah dikenalpasti akan terlibat dalam program ini yang melibatkan aktiviti membaikpulih, mengecat, membersihkan kawasan dan mengindahkan kediaman. Usaha yang digerakkan oleh UMP untuk mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang sebagai Perkampungan Nelayan selain memaknakan kewujudan UMP sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia., " katanya.
Ujar beliau, UMP dengan kerjasama Penghulu dan Ketua Kampung Kuala Pahang telah mengenalpasti rumah-rumah yang uzur dan seterusnya membuat penilaian kos baikpulih yang diperlukan untuk rumah-rumah yang telah dikenalpasti.
Dalam menyemarakkan program turut diadakan  program Senamrobik, pemeriksaan kesihatan, agihan ubat bentuk-jentik dan dan lain-lain. Program melibatkan kerjasama sukarelawan pihak Kolej Universiti Widad, pelatih Program Latihan Khidmat Negara, Pusat Transformasi Luar bandar (RTC), Komuniti Kuala Pahang, Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas ( PPTI). 
Agensi lain yang terlibat adalah Alam Flora Sdn. Bhd,  Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB),  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Majlis Daerah Pekan.
Medan Ikan Bakar (MIB) mengandungi 12 lot kedai iaitu 4 unit restoran ikan bakar, 4 unit gerai jualan pelbagai dan 4 unit kilang pemprosesan hasil laut. Ianya telah mula dibuka secara rasmi pada 1 Ogos yg lalu. Restoran Ikan Bakar mula beroperasi dari jam 3 petang hingga tengah malam dibuka pada setiap hari. Manakala kompleks kilangan memproses keropok, produk ikan masin dan produk sambal acar ikan masin serta sambal hitam Pahang bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.  
Pembangunan  MIB di bawah program Empower ECER Mahkota iaitu satu program pembangunan usahawan majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan projek pembangunan yang diselia oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan  Awam dan Sumber Alam manakala pembangunan usahawan oleh Jabatan Sosioekonomi dan Projek Khas, UMP Advanced.

Pekan, 9 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Gotong Royong Perdana @Facelift D’Kuala bagi membaik pulih rumah-rumah penduduk yang berada di laluan masuk utama ke Kompleks Medan Ikan Bakar yang terletak di Perkampungan Kuala Pahang.

Program dihadiri Ahli Dewan Undangan Peramu Jaya, Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi  Sh Ali dan Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim  yang hadir bersama pengurusan tertinggi UMP serta Penghulu mukim Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor.   Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, program Facelift Kuala Pahang ini dirancang dengan bantuan pelbagai agensi dan badan korporat bertepatan dengan strategi lautan biru sekaligus dapat membantu mengubah landskap sosial penduduk di Kuala Pahang.

Lebih kurang 25 hingga 30 rumah di sini yang telah dikenalpasti akan terlibat dalam program ini yang melibatkan aktiviti membaikpulih, mengecat, membersihkan kawasan dan mengindahkan kediaman. Usaha yang digerakkan oleh UMP untuk mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang sebagai Perkampungan Nelayan selain memaknakan kewujudan UMP sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.. Ujar beliau, UMP dengan kerjasama Penghulu dan Ketua Kampung Kuala Pahang telah mengenalpasti rumah-rumah yang uzur dan seterusnya membuat penilaian kos baikpulih yang diperlukan untuk rumah-rumah yang telah dikenalpasti.

Dalam menyemarakkan program turut diadakan  program Senamrobik, pemeriksaan kesihatan, agihan ubat bentuk-jentik dan dan lain-lain. Program melibatkan kerjasama sukarelawan pihak Kolej Universiti Widad, pelatih Program Latihan Khidmat Negara, Pusat Transformasi Luar bandar (RTC), Komuniti Kuala Pahang, Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas ( PPTI).  Agensi lain yang terlibat adalah Alam Flora Sdn. Bhd,  Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB),  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Majlis Daerah Pekan.

PrintEmail