University Community

Study Camp PLKN Hijrah, Penor

pic pic1  

pic5 pic2

Pada 21 hingga 23 Ogos 2015 telah berlangsung program 'Study Camp' untuk calon-calon UPSR di Kem PLKN Hijrah, Penor. Program 3 hari 2 malam ini disertai oleh 8 buah sekolah daripada daerah Kuantan dan 1 sekolah dari daerah Pekan yang bernaung di bawah program empower ECER Mahkota. Ahli jawatankuasa pelaksana bagi program ini telah dilantik daripada pihak guru dan juga UMP. Cr.Mohd Ramdzan B. Mohd Zain daripada SK Tanjung Lumpur telah membuka tirai program ini dengan sesi motivasi yang dikendalikan olehnya.

Motivasi yang diadakan dengan tujuan untuk membakar semangat pelajar untuk belajar telah berjaya mencapai objektifnya apabila pelajar kelihatan lebih fokus dan bersemangat setelah selesai program motivasi tersebut. Pelajar telah dipecahkan kepada 5 kumpulan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan UPSR mereka. Kumpulan ini adalah untuk memudahkan guru pakar yang dilantik untuk menentukan pendekatan yang paling sesuai digunakan semasa slot pengajaran dan pembelajaran diadakan. Terdapat 5 slot sepanjang kem ini dan pelajar akan mempelajari matapelajaran yang berbeza mengikut slot. Ini adalah bertepatan dengan konsep 'Study Camp' kali ini iaitu pecutan terakhir sebelum menghadapi UPSR.

Konsep pembelajaran dan pengajaran di luar kelas dapat membantu pelajar untuk berkongsi idea dan mempelajari teknik menjawab yang terbaik. Program ini disempurnakan dengan majlis penutup yang dihadiri oleh En Zainal b. Haji Bahari (Pengurus Besar Daya Saing Akademik merangkap Pengurus Projek empower ECER Mahkota) dan En Mat Ganti b.Mansor (Pegawai Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan) yang telah merasmikan majlis penutup Program 'Study Camp' UPSR. En Mat Ganti amat berpuas hati dengan perlaksanaan program ini yang telah memberi banyak manfaat kepada pelajar khasnya dan sekolah umumnya.

Print Email