University Community

Lawatan ke Kilang Suehanis Tanah Putih Pekan

IMG 0495 IMG 1066 IMG 1055 IMG 0499

Baru-baru ini, Sabtu, 22 Ogos 2015, peserta empower ECER Mahkota telah dibawa untuk melawat Kilang Suehanis bertempat di Tanah Putih, Pekan. Suehanis merupakan salah seorang peserta yang telah berjaya menjadi seorang usahawan setelah mengikuti program empower ECER Mahkota. Lawatan tersebut diadakan bermula jam 9:00 pagi dan berakhir sekitar jam 12:00 tengah hari.

Antara tujuan diadakan lawatan tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan teknik-teknik menguruskan perniagaan dan kewangan. Empower ECER Mahkota amat menekankan peri pentingnya latihan secara praktikal kepada para pesertanya agar mereka mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan perniagaan dan tidak hanya secara bayangan di minda sahaja.

Print Email