University Community

Kaedah Pembelajaran Format Ghani (GFLM)

Kemahiran mencatat nota menerusi Kaedah Pembelajaran Format Ghani (GFLM) membuahkan hasil apabila berjaya membantu lebih 1,000 pelajar SPM di sekitar negeri di Pantai Timur.

GFLM yang diasaskan oleh Pensyarah UMP, Profesor Madya Dr. Mohd Ghani Awang menggunakan teknik meringkaskan pengetahuan kompleks kepada unit-unit kecil untuk menjawab segala kesukaran serta memudahkan pelajar supaya dapat mengingati fakta tersebut.

GFLM diperkenalkan sejak 2007 menerusi kejayaan beberapa geran penyelidikan iaitu tiga geran Seed Money, dua geran FRGS (Type A dan Highly Recommended), Study Orientation Skills (SOS), geran PGRS dan seterusnya Geran Masyarakat (KTP).

Menerusi kejayaan itu juga, GFLM terus melakar kemenangan apabila memenangi pingat dalam pertandingan berprestij iaitu Gold Medal MTE Expo (2007), MOSTI Best Product (2007) dan Anugerah Cendekia Bitara (2009).

Selain itu, GFLM telah diamalkan lebih daripada 100 buah sekolah, guru MRSM, Pensyarah Politeknik, MARA dan IPT seluruh Malaysia menerusi bengkel yang diadakan.

GFLM juga telah diamalkan oleh beberapa organisasi juga seperti ECER EMPOWER dan MRSM memberi khidmat masyarakat dengan menekankan konsep GFLM dalam kaedah pembelajaran pelajar khususnya di luar bandar.

Print Email