University Community

UMP Latih Usahawan Mengenai Pengekstrakan dan Teknik Pemprosesan Herba

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan MARA (PUSMA) dan Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) menganjurkan bengkel dalam meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pengekstrakan dan teknik pemprosesan herba tempatan pada 10 Jun 2013 yang lalu.

Seramai 19 orang usahawan herba dari seluruh negeri Pahang menyertai kursus yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama tiga hari dengan kendalian Pensyarah Kanan FKKSA, Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dibantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Zainal Giman dan Zulhabri Khadisah.

Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk menjalankan latihan secara amali di makmal dengan menjalankan proses pengekstrakan herba Haubatus Sauda dan Tongkat Ali.

Menurut Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, hasil daripada pengekstrakan ini, para peserta juga didedahkan dengan latihan amali bagi penggunaan High Performance Liquid Chromatography (HPLC) untuk menganalisis tahap ketulenan hasil pengekstrakan yang telah dijalankan.

Katanya, kebanyakan peserta berpuas hati dengan perjalanan program dan mengharapkan UMP dapat membantu usahawan-usahawan herba terutamanya dari negeri Pahang untuk mendalami aspek teknologi pengekstrakan serta memberikan peluang buat mereka mendapatkan khidmat kepakaran dalam kalangan pensyarah UMP sendiri.

Print Email