University Community

230 Pelajar Aliran Sains Sertai Program Kecemerlangan Akademik

Seramai 230 pelajar aliran sains daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, SMK Indera Shahbandar, SMK Seri Pekan, SMK Peramu Jaya dan SMK Nenasi menyertai Program Empower Matematik Tambahan & Fizik Part II yang dikendalikan guru pakar, Sunny Yee dalam meningkatkan pemahaman subjek Matematik Tambahan dan Fizik sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Program yang diadakan pada 25 Julai 2013 itu adalah sebahagian daripada inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam menjayakan program Empower Mahkota ECER Kuala Pahang bagi meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut Pengurus ECERDC Pejabat Wilayah Pahang, Mohd. Azizi Ibrahim berkata, program ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknik menjawab soalan dengan lebih efektif serta memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti.

Hadir sama dalam majlis, Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari), Profesor Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dan Penasihat Matahari, Datin Fazia Ali.

Print Email