University Community

Calon SPM Pelajari Format Ghani untuk Mudah Ingat Pelajaran

Seramai 179 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indera Shahbandar dan SMK Peramu Jaya menyertai program teknik mencatat nota pada 22 Jun 2013 yang lalu dengan menggunakan kaedah Format Ghani sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam menjayakan program dalam Empower Mahkota ECER Kuala Pahang bagi meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut Pengurus Projek Pembangunan Sosial ECER-UMP, Zainal Bahari, program ini adalah sebahagian daripada program korporat sosial yang dilaksanakan dengan kendalian Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dalam membantu para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Format Ghani ini juga telah membantu lebih 30 buah sekolah bagi membantu pelajar dalam penyediaan nota dan kemahiran belajar melalui analisis profil kemahiran.

Print Email